Saturday, March 28, 2009

Ruang Kosong

Rasa dah lama sgt sy xtulis dlm blog ni.sy sebenarnya tak tau nk tulis per sbb dlm masa 2-3 minggu ni, sy tgh menghadapi satu krisis dgn diri sendiri.sy sendiri tak tau kenapa boleh jadi benda ni kt saya balik and sy xsuka perasaan cmni. Slightly i feel like there is a big hole inside my life that cannot be amended anymore. It is more like a permenant damages.It will take forever to heal and when it heals it will never be the same.

Hari ni hujan, sy tak tahu nk watper, sy just tgk kt tingkat, tgk hujan turun, tgk pokok2 bergoyang. Dlm hati sy berfikir, sy rasa if jadi hujan lebih seronok sbb kitaran hidup dia sama, takde sedih, xde gembira, xde perasaan dan tiada keluhan, resah or rasa marah. Sy tgk daun2 hijau jatuh, sy kira berapa helai yg jatuh tetibe hati sy rasa sedih. Sy hmpir rasa cm nk menangis. tapi sy tak tau apa alasan sy untuk menangis. bibir sy dah terketar2 menahan rasa kt dalam hati, mungkinkah sy rindu dkt sesorang? seseorang yg dah lama xda, yg dah lama pergi?seseorang yg dlu sgt istimewa bg saya. 

diri saya berperang antara hati dan fikiran, antara rasa dan resah, antara keluhan dan sedih. Sy tak tahu kenapa, kenapa slalunya apa yg sy mintak dkt tuhan akn dapat berlainan bler smpai kepada sy.Sy tak pasti dan sy xsalahkn tuhan untuk itu sbb ada alasan kenapa dia layan sy sebegini. 

Rindu sy kt student dah ok sbb sy dah jumpa balik sarjan2 sy balik.sy suka tgk dorg.sy happy tgk dorg.it like watching them get grow and waiting for time before they leave u. tu hakikat. tak selamanya dorg akan belajar dan xselamanya dorg akn stay 19-20 tahun. Sume tu adalah hakikat hidup yg sy kena akur.

Hari ni sume apa yg sy wat sume xbtul, sy sendiri tak tahu apa yg ada dalam kepala otak saya. Otak sy berpusing ligat tetapi sy sendiri tak tahu apa yg sy fikirkn. Sy bingung.adakah ini tnda2 bahawa sy semakin menghampiri usia tua?Tua dan tidak gembira. Sy xsanggup nk hidup mcm tu. Kt mana lah sy nk cari kegembiraan? if kegembiraan tu boleh dibeli ngn duit, sy pasti akn bergegas kuarkn duit yg xseberapa kt ATM thn beli tapi kegembiraan ni intangible things, benday g xleh dipegang or dipunyai dgn wang ringgit. If ada yg boleh dibeli ia hanyalah kegembiraan sementara.

April dah nk dekat, sy menghampiri hari lahir sy, semakin dekat sy semakin sedih sbb tahun ni adalah tahun terakhir untuk sy cari kegembiraan hidup sy sebelum sy tutup fikiran sy untuk bercinta. Sy bagi diri sy 2 tahun untuk mencari cinta. 30 hari sy mencari cinta yg sy sendiri tak tau mana. 24 jam sy mencari apa maksud sebenar cinta walau pada asalnya sy dah mengerti apakah cinta. 7 hari sy mencari kt mana cinta bersembunyi dan 60 saat setiap minit sy ke kiri dan ke kanan untuk melihat cinta. Sy tak jumpa.Adakah sy telah buta? terlalu buta untuk melihat sekeliling, terlalu buta untuk menilai harga satu cinta dan terlalu rabun untuk merasa cinta? ohh tidak, xnak xnak dan xsuka rasa mcm ni.Rasa mcm satu pencarian yg sia2.apa yg sy dapat? hanya satu je; sedih.

Adakah sy terlalu jahat dan ditakuti sehingga cinta xmau dtg?Sy ni jahat ke? yes sy akui, sy ni tak la sebaik mana yg disangka. sy sedar sapa sy dan sy tau mcm mana diri sy lebih dari org lain tahu. xpe.sy dah biasa mcm ni. dah biasa hidup dlm ruang kosong. apa yg sy dgr hanya bunyi angin dan bunyi nafas sy sendiri. Sy bercakap dlm minda bwh sedar sy setiap masa kerana sy dah tak boleh untuk berfikir melalu minda sedar sy. Kesedaran semakin kurang, pembangunan makin pesat, sy akn sesat dan adakah itu tanda kiamat semakin dekat?

tolong ampun kn aku.

2 comments:

Norafarhanis Rahman said...
This comment has been removed by the author.
Norafarhanis Rahman said...

dear mr zeef,

seperti yg telah sy cakapkn sebelum ini.
jodoh semua d tangan tuhan.
maybe ade hikmah d sebalik semua nih.
sy faham bile mr zeff cakap teringatkan beliau.
sy pon, kdg2 teringatkan jugak sum1 yg pernah kita syg. sum1 yg da pon tinggalkan kita.
tp life must go on.
sampai bila kita nk pk semua benda2 yg x membahagiakn kita?
Tuhan da tentukan segala2nya hidup kita.
Dia xbg kesusahan serentak pada kita.
klo nk d lihat, mr zeff berjaya dalam study.
berjaya dalam karier.
wang? mmg cukup pada mr zeff kan?
then, d sayangi oleh org sekeliling. d senangi oleh semo.
sy as a student, sy syg mr zeff.
ini benar.
so, byk sebenarnya perkara baek dalam hidup mr zeff.
just, sy harap.
jgn pk kan sgt hal2 yg bole wat mr zeff down.
sedih tgk abg sy macamni.
hari2 xde pkmbgan yg baek.
abgkuh, bangun!!!! bangunlah!
The most important thing is to enjoy life.
To be happy. That's all that matters.
take care abgkuh!