Sy sendiri pun tak tau mcm mana nk saya mulakan pekara ni. dlm dunia ni ada byk benda yg benar yg telah disalah ertikn dan byk benda yg salah yg telah dihalalkn. Kepercayaan pada kebenaran dah semakin luput dalam hati manusia kerana kini, manusia lebih percaya dan berkiblatkn benda yg tidak benar lebih dari yg btul. Semakin ramai manusia yg telah hilang kebenaran dml diri. dari rasional, kini manusia lebih suka akn tindak tanduknya berpandukan emosional.
Byk benda yg telah berlaku yg sy sendiri tidak sedari bila tindak tanduk sy telah disalah ertikan. Apabila keperihatinan sy telah disalah tafsirkan dan kejujuran sy telah dipersoalkn. Adakah sy marah? Jawapannya tidak. Sy tak marah. Kenapa sy tidak ada sikit perasaan marah? Kerana sy adalah manusia yg masih berpegang kepada rasionaliti dan bukannya emosi.
Kenapa ada manusia yg sering menyalahkn saya terhadap apa yg berlaku? kenapa masih ada manusia yg sering menyatakan sy punca segala- galanya? kenapa masih ada manusia yg masih lagi berpaksikan kepada kemarahan dan menghalakan kemarahannya kepada sy?
Persoalan- persoalan ini yg masih tiada jawapan dan jawapannya bukanlah akan membawa sy kepada kepenghujungan masalah tetapi ia akn lebih menambahkn kesengsaraan terhadap diri manusia yg berkata itu sendiri dan juga sy.
Haruskah sy melayani setiap apa kata2 dusta yg dilemparkan kepada saya? haruskah sy mengikut kata hati dan emosi untuk menjawap kepada persoalan yg timbul? hamburan kata2 dusta dan nista merata- rata dan masih bermain disetiap kepala manusia. Ada yg salah sangka, ada yg mula mrnghina dan tak kurang juga yg tidak percaya. Tetapi sy bersyukur, masih ada lagi individu- individu yg masih sudi mempercayai sy walaupun sy ini tidaklah sebaik yg disangka. Terima kasih sy ucapkan.
Adakah sy seorang manusia seperti mana yg digambarkan? saya tak boleh menjawap pertanyaan diri sy sendiri, saya msih lagi bergelut untuk membina kepercayaan yg telah hilang dan jika sy boleh menjawapnya, jawapan sy akn berunsurkan peribadi dan berat sebelah. Ini kerana sy menjawap pertanyaan yg diajukan kepada sy mengenai sy sendiri. Ramai yg akn ketawa dan ramai juga yg akn tersenyum smbil mengelengkan kepala menandakan tidak setuju. Kita manusia, tidak pernah terlepas dari hasutan syaitan sehingga kita sesama saling bermusuhan, mengata, mengeji dan juga tidak kurangnya berbangga diri sehingga kita jadi lupa akan diri kita.
Sy manusia, dan tidak sempurna. Sy juga tidak pernah terlepas dari membuat kesalahan kerana sy bukan seorang wali atau ulul'azmi yg tersimpang dari segala dosa dan senantiasa dlm keadaan suci. Oh tidak! akan tetapi, rasionaliti terhadap kebenaran masih menebal dan saya masih boleh lagi membezakan kebenaran yg betul dan kebenaran yg salah.
Mcm yg selalunya saya ucap, pembangunan makin pesat, dunia bergerak begitu cepat, kebenaran makin tertutup rapat, kau dan aku pasti sesat, itukah tanda kiamat sudah dekat?
Asalamualaikum.


