Suka & syg adalah 2 benda yg berbeza. Ramai yg keliru, ramai yg tak tau dan ramai yg tak dapat membezakan di antara 2 perkataan itu.Begitu juga dengan perasaan, cinta dan benci. bagaimana 5 rasa ini dikaitkan?
Suka: Suka adalah satu perasaan dimana ada batas- batas dan had. Suka hanya untuk sementara. Manusia masih lagi akn mementingkan diri sendiri dan tidak berkongsi apa2. tak melibatkn perasaan. selalunya rasa suka manusia tidak membawa mereka ke mana2 tetapi peluangan untuk ke sayang adalah terbuka cuma manusia perlu pandai dan bijak untuk mencarinya. Perasaan tidak selalunya hadir dalam suka.
Syg: seperti suka, syg juga adalah satu perasaan tetapi tiada btsan dimana manusia akn mengabaikan diri sendiri demi org lain, akn mementingkn org lain lebih dari diri sendiri dan disini, syg juga akan melibatkn perasaan dimana perasan akn memusnahkna batas- batas dan had yg telah tercipta dari awal mula.
Perasaan: Perasaan adalah satu komponen dalam sayang dimana ia akn menarik syg lebih jauh dari satu tahap ke tahap yg lebih tinggi. disini, manusia tidak mengendahkan lagi apa yg terjadi disekeliling mereka. Mereka lebih suka bermain dlm dunia yg mereka cipta. bergembira berdua. Perasaan juga adalah satu komponen yg sensitive, fleksibel dan mudah pecah. Untuk meningkant kn tahap ke'syg'an, kta perlu menjaga perasaan dgn lebih berhati2. Perasaan akan berperanan untuk menolak rasa syg lebih jauh dan jauh dan kegagalan untuk menjaga perasaan akan mengakibatknnya jatuh ke tahap yg rendah, terdalam iaitu benci
Cinta: Cinta adalah satu destinasi yg dituju oleh syg yang dipandu oleh perasaan. Cinta adalah umpama syurga manusia. Disini manusia akn di duga dengan bermacam2 benda dan pekara. idak semua yg berjaya sampai ke cinta akan terus kekal di situ. Di cinta, manusia akn lebih menghargai apa yg mereka ada, apa yg terlihat didepan mata. Disini juga manusia akn kelihatan gembira, ketawa dan menangis keriangan sbb mereka telah mencapai satu tahap yg paling tinggi dan ada juga yg menangis kesedihan kerana perasaan yg memandu mereka untuk ke cinta pecah, berteraburan disebabkan rasa ego, marah dan tidak percaya. Bukankah cinta umpama syurga? knp ada perasaan yg negative begini? ini disebabkan cinta mempunyai byk definisi. cinta adalah luas,if tiada panduan, kita akn sesat dan kesesatan boleh memudaratkan.dan bila ia mula memusnahkn manusia, secara automatiknya manusia akn jatuh ke benci
Benci: seperti cinta, benci juga merupakan suatu tempat umpama neraka. Jika cinta itu luas, benci pula sempit, ia akn terus menyempitkan fikiran manusia yg ada di dalamnya. sedih, marah dan rasa tidak percaya adalah penghuni tetap tempat dipanggil benci ni. Manusia akn terus bertelagah, hilang punca dan seterusnya membawah padah kepada mereka. setiap tindak tanduk manusia tidak lagi berpandukan kepada akal dan fikiran. Tidak perlu perasaan untuk ke benci, kerana jalan kebenci adalah seperti lubang, manusia akan mengelungsur deras terus ke destinasi. manusia yg berada didalam benci akan mengambil masa yg lama untuk sedar untuk kembali kepada cinta. Ada juga yg berjaya untuk kembali tetapi selebihnya akn terus menghuni didalam benci.
No comments:
Post a Comment